Tuesday, 18 December 2012

Akta Jualan Barangan 1957


Dalam undang2 jualan barang, akta jualan barangan 1957 adalah antara akta penting yang perlu difahami.

*Nota hari ini adalah:
definisi2 berkaitan kontrak dan barang~~

Kontrak jualan barang: kontrak di mana penjual memindahkan atau bersetuju memindahkan hak terhadap barang kepada pembeli bagi suatu harga. (seksyen 4 (1))
Barang: setiap jenis harta alih selain tuntutan dan wang. (Seksyen 2)
Barang terbahagi kepada barang sedia ada dan barang masa hadapan.
Barang sedia ada: segala barang yang telah dimiliki oleh penjual dan terdiri daripada barang tertentu/dikenalpasti dan barang tak dapat ditentukan/belum pasti.
i)         Barang tertentu: dikenalpasti dan dipersetujui semasa kontrak jualan dibuat. (seksyen 2) Cth: motorsikal Yamaha lagenda 110z hitam jkx1207.
ii)        Barang belum pasti: barang yang belum dipastikan kuantiti, harga, belum diasingkan dari kelompoknya, belum dilihat atau dipersetujui oleh pembeli. (seksyen 18) Cth: beras yang belum di timbang dan diberi kepada pembeli.
Barang masa hadapan: barang yang akan dibuat atau diperolehi oleh penjual selepas kontrak jualan terbentuk. Penjual belum lagi memiliki barang jualan. Oleh itu kontrak ini hanya boleh wujud sebagai persetujuan untuk menjual barang2 dan belum jadi kontrak jualan.
Kontrak bersyarat (persetujuan untuk menjual): suatu penerimaan yang bergantung kepada peristiwa atau kejadian masa hadapan yang mana apabila terjadi peristiwa tersebut maka lengkap penerimaan dan terbentuk satu kontrak.. (selagi belum berlaku peristiwa itu maka tiada lagi penerimaan dan tiada kontrak)
Kes:
i)         Howell vs coupland 1876
kontrak mutlak: tiada apa2 obligasi yang perlu dipenuhi oleh kedua-dua pihak iaitu mereka telah bersetuju dengan terma kontrak dan barang yang telah menjadi perkara pokok ada dalam tangan penjual.
Jualan masa hadapan: jualan kepada pembeli lain yang dibuat oleh penjual selepas kontrak ditandatangani atau dibentuk dengan pembeli asal. Boleh menuntut ganti rugi dengan syarat barang itu dalam keadaan terserah / boleh diserah. (seksyen 20) Sekiranya barang masih dalam keadaan belum terserah, hak milik masih pada penjual.
Barang terserah / boleh diserah: jika terdapat suatu kontrak bagi penjualan barang dalam keadaan boleh diserah, milikan dalam barang berpindah kepada pembeli apabila kontrak dibuat, sama ada masa pembayaran atau menyerahan barang ditangguhkan.
·         Perbezaan antara barang tertentu dengan barang belum pasti:-
- pemilik “barang tertentu” ialah pembeli apabila kontrak dibuat, manakala pemilik “barang belum pasti” ialah penjual.
- Perlunya membezakan antara kedua-dua jenis barang tersebut kerana- risiko akan tertanggung kepada pembeli jika barang tersebut ialah “barang tertentu” manakala hak milik dan risiko masih pada penjual jika barang tersebut “belum lagi ditentukan”.
- Melainkan pembeli / penjual tidak mahu hak milik berpindah pada masa kontrak ditandatangani maka mereka perlu menyatakan sebaliknya dalam perjanjian.
Barang boleh diserah hantar: pemilikan barang itu tidak berpindah kepada pembeli kecuali sesuatu dilakukan oleh penjual untuk membolehkan barang itu diserah hantar dan pembeli mengetahui tentangnya. Risiko ditanggung oleh penjual.

Thursday, 6 December 2012

Akta Undang-undang Sivil 1956


AKTA UNDANG-UNDANG SIVIL 1956(AKTA 67)

SEKSYEN 3:
(1)    Pemakaian undang-undang Inggeris terlaksana sekiranya tidak ada penggubahsuaian yang dibuat oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia. Oleh itu mahkamah hendaklah :
(a)   Mahkamah di Malaysia Barat atau di mana-mana bahagian daripadanya hendaklah memakai undang-undang Inggeris iaitu (Common Law & Kaedah Ekuiti) seperti yang ditadbirkan di England pada 7 April 1956.
(b)   Di Sabah, perlu memakai Common Law England dan Kaedah-kaedah Ekuiti bersama dengan Statut-statut pemakaian am, seperti yang ditadbirkan atau berjalan kuatkuasanya di England pada 1 Disember 1951.
(c)    Di Sarawak mengguatkuasakan Common Law England, Kaedah-kaedah Ekuiti bersama dengan Statut-statut pemakaian am seperti yang ditadbirkan di England pada 12 Disember 1949.

(2)    Menyatakan jika terdapat pertentangan diantara Common Law & Kaedah Ekuiti dalam persoalan atau masalah yang sama maka Kaedah Ekuiti akan diutamakan pemkaianya. Pemakaian seksyen ini juga disyaratkan bahawa Common Law, Kaedah-kaedah Ekuiti dan Statut Pemakaian Am akan terpakai sejauh mana yang diizikan oleh keadaan di negeri-negeri dalam Malaysia dan penduduknya juga tertakluk kepada penyesuaian yang dianggap bersesuaian oleh keadaan tempatan .

(3)    Tanpa menyentuh keluasan makna sub-seksyen 1(b) dan (c) dan biarpun sub-seksyen 1(c).
(i)                 Dengan ini dinyatakan bahawa perbicaraan sepertimana di England dibicarakandi bahagian crown daripada Queens Bench Division bagi High Court dengan cara Habeas Corpus atau untuk perintah mandamus, perintah larangan (prohibition ), perintah pembatalan (certiorari) atau perintah tegahan (injunction). Iaitu menegah seorang yang bertugas di dalam jawatan yang dia tidak berhak bertugas , ianya boleh diperolehi di Sabah setakat mana untuk tujuan-tujuan dan maksud seperti yang diperolehi di England.
(ii)               Akta Parlimen United Kingdom yang telah diperkenalkan di Sarawak di bawah seksyen 3 dan 4 Ordinan Pemakaian undang-undang Sarawak, dan yang disebutkan dalam Jadual Akta ini setakat mana yang disebutkan disebutkan di dalam jadual itu, ianya hendaklah terus berjalan dan berkuatkuasa dengan perubahan-perubahan rasmi dan pindaan yang perlu untuk membolehkan Akta tersebut dipakai menurut keadaan-keadaan di Sarawak, dan khasnya tertakluk kepada ubahsuaian yang dinyatakan di dalam ruang ketiga jadual itu.



SEKSYEN 5:
      (1)   Dalam semua soal dan isu yang timbul dan harus diputuskan di Negeri-negeri Malaysia Barat berkenaan  dengan undang-undang perkongsian, perbadanan, bank dan urusan bank, principal dan ejen pengangkutan dengan jalan udara, darat dan laut, insurans laut, kerugian laut, insurans api, dan nyawa, dan berkenaan dengan undang-undang persaudagaran umumnya, undang-undang yang akan ditadbirkan di England dalam perkara yang serupa itu pada tarikh undang-undang ini dikuatkuasakan, seolah-olah soal atau isu telah timbul atau harus diputuskan di England, kecuali dalam mana-mana keadaan di mana peruntukan lain telah atau akan dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis.
     (2)   Dalam semua soal atau isu yang timbul atau yang terpaksa diputuskan di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak berkenaan perkara-perkara yang tersebut dalam sub-seksyen terdahulu daripada ini, undang-undang yang akan ditadbirkan di England dalam perkara-perkara yang serupa pada masa yang sama seolah-olah soal dan isu tersebut timbul atau harus diputuskan di England, kecuali peruntukan lain telah dibuat atau akan dibuat dalam undang-undang bertulis. Ketika ini juga banyak statut tempatan telah wujud terutama sekali dalam bidang perdagangan seperti Akta Syarikat 1965, Akta Sewa-Beli 1967, Akta Kebangkrapan 1967, Akta Perkongsian (Pindaan) 1974, Akta Kontrak 1950 (Pindaan 1974).