AKTA UNDANG-UNDANG SIVIL 1956(AKTA
67)
SEKSYEN
3:
(1) Pemakaian undang-undang Inggeris terlaksana sekiranya tidak ada penggubahsuaian
yang dibuat oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa
di Malaysia. Oleh itu mahkamah hendaklah :
(a) Mahkamah
di Malaysia Barat atau di mana-mana bahagian daripadanya hendaklah memakai
undang-undang Inggeris iaitu (Common Law & Kaedah Ekuiti) seperti yang ditadbirkan
di England pada 7 April 1956.
(b) Di Sabah, perlu
memakai Common Law England dan Kaedah-kaedah Ekuiti bersama dengan
Statut-statut pemakaian am, seperti yang ditadbirkan atau berjalan kuatkuasanya
di England pada 1 Disember 1951.
(c) Di
Sarawak mengguatkuasakan Common Law England, Kaedah-kaedah Ekuiti bersama dengan
Statut-statut pemakaian am seperti yang ditadbirkan di England
pada 12 Disember 1949.
(2) Menyatakan
jika terdapat pertentangan diantara Common Law & Kaedah Ekuiti dalam persoalan
atau masalah yang sama maka Kaedah Ekuiti akan diutamakan pemkaianya. Pemakaian
seksyen ini juga disyaratkan bahawa Common Law, Kaedah-kaedah
Ekuiti dan Statut Pemakaian Am akan terpakai sejauh mana yang diizikan oleh keadaan
di negeri-negeri dalam Malaysia dan penduduknya juga tertakluk kepada penyesuaian
yang dianggap bersesuaian oleh keadaan tempatan .
(3) Tanpa
menyentuh keluasan makna sub-seksyen 1(b) dan (c) dan biarpun
sub-seksyen 1(c).
(i)
Dengan ini
dinyatakan bahawa perbicaraan sepertimana di England dibicarakandi bahagian
crown daripada Queens Bench Division bagi High Court dengan cara Habeas Corpus
atau untuk perintah mandamus, perintah larangan (prohibition ), perintah
pembatalan (certiorari) atau perintah tegahan (injunction). Iaitu menegah seorang yang bertugas
di dalam jawatan yang dia tidak berhak bertugas , ianya boleh diperolehi di
Sabah setakat mana untuk tujuan-tujuan dan maksud seperti yang diperolehi di
England.
(ii)
Akta Parlimen
United Kingdom yang telah diperkenalkan di Sarawak di bawah seksyen 3
dan 4 Ordinan Pemakaian undang-undang Sarawak, dan yang disebutkan dalam Jadual
Akta ini setakat mana yang disebutkan disebutkan di dalam jadual itu,
ianya hendaklah terus berjalan dan berkuatkuasa dengan perubahan-perubahan rasmi
dan pindaan yang perlu untuk membolehkan Akta tersebut dipakai
menurut keadaan-keadaan di Sarawak, dan khasnya tertakluk kepada ubahsuaian
yang dinyatakan di dalam ruang ketiga jadual itu.
SEKSYEN
5:
(1) Dalam semua soal dan
isu yang timbul dan harus diputuskan di Negeri-negeri Malaysia Barat
berkenaan dengan undang-undang perkongsian, perbadanan, bank dan urusan
bank, principal dan ejen pengangkutan dengan jalan udara, darat dan laut,
insurans laut, kerugian laut, insurans api, dan nyawa, dan berkenaan dengan
undang-undang persaudagaran umumnya, undang-undang yang akan ditadbirkan di
England
dalam perkara yang serupa itu pada tarikh undang-undang ini
dikuatkuasakan, seolah-olah soal atau isu telah timbul atau harus diputuskan di
England, kecuali dalam mana-mana keadaan di mana peruntukan lain telah atau akan
dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis.
(2) Dalam
semua soal atau isu yang timbul atau yang terpaksa diputuskan di Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak berkenaan perkara-perkara yang
tersebut dalam sub-seksyen terdahulu daripada ini, undang-undang yang akan ditadbirkan
di England dalam perkara-perkara yang serupa pada masa yang sama
seolah-olah soal dan isu tersebut timbul atau harus diputuskan di England,
kecuali peruntukan lain telah dibuat atau akan dibuat dalam undang-undang
bertulis. Ketika ini juga banyak statut tempatan telah wujud terutama sekali
dalam bidang perdagangan seperti Akta Syarikat 1965, Akta Sewa-Beli 1967, Akta Kebangkrapan 1967, Akta Perkongsian (Pindaan) 1974, Akta Kontrak 1950 (Pindaan
1974).
hai saya nk tanya, apa hak tuan rumah naikkan sewa rumah?
ReplyDeletewarna background yang admin gunakan tidak sesuai , ia membuatkan mata saya sakit 😞 , maaf atas teguran
ReplyDeleteSir Hammad yawww
ReplyDeleteCasino, Restaurant & Wedding Services at Wildhorse Casino
ReplyDeleteThis 순천 출장샵 page shows you the details of all 서산 출장안마 the 충주 출장마사지 restaurants in Wildhorse Casino, ê±°ì œ 출장안마 including fine ì•„ì‚° 출장안마 dining, casino entertainment, spa, salon,
joya shoes 828j0etvad114 joya sko,joya sko,joya skor,Cipő joya,zapatos joya,joya schoenen verkooppunten,Scarpe joya,chaussures joya,joya schuhe wien,joya schuhe joya shoes 632f1ldssv056
ReplyDelete