Tuesday, 18 December 2012

Akta Jualan Barangan 1957


Dalam undang2 jualan barang, akta jualan barangan 1957 adalah antara akta penting yang perlu difahami.

*Nota hari ini adalah:
definisi2 berkaitan kontrak dan barang~~

Kontrak jualan barang: kontrak di mana penjual memindahkan atau bersetuju memindahkan hak terhadap barang kepada pembeli bagi suatu harga. (seksyen 4 (1))
Barang: setiap jenis harta alih selain tuntutan dan wang. (Seksyen 2)
Barang terbahagi kepada barang sedia ada dan barang masa hadapan.
Barang sedia ada: segala barang yang telah dimiliki oleh penjual dan terdiri daripada barang tertentu/dikenalpasti dan barang tak dapat ditentukan/belum pasti.
i)         Barang tertentu: dikenalpasti dan dipersetujui semasa kontrak jualan dibuat. (seksyen 2) Cth: motorsikal Yamaha lagenda 110z hitam jkx1207.
ii)        Barang belum pasti: barang yang belum dipastikan kuantiti, harga, belum diasingkan dari kelompoknya, belum dilihat atau dipersetujui oleh pembeli. (seksyen 18) Cth: beras yang belum di timbang dan diberi kepada pembeli.
Barang masa hadapan: barang yang akan dibuat atau diperolehi oleh penjual selepas kontrak jualan terbentuk. Penjual belum lagi memiliki barang jualan. Oleh itu kontrak ini hanya boleh wujud sebagai persetujuan untuk menjual barang2 dan belum jadi kontrak jualan.
Kontrak bersyarat (persetujuan untuk menjual): suatu penerimaan yang bergantung kepada peristiwa atau kejadian masa hadapan yang mana apabila terjadi peristiwa tersebut maka lengkap penerimaan dan terbentuk satu kontrak.. (selagi belum berlaku peristiwa itu maka tiada lagi penerimaan dan tiada kontrak)
Kes:
i)         Howell vs coupland 1876
kontrak mutlak: tiada apa2 obligasi yang perlu dipenuhi oleh kedua-dua pihak iaitu mereka telah bersetuju dengan terma kontrak dan barang yang telah menjadi perkara pokok ada dalam tangan penjual.
Jualan masa hadapan: jualan kepada pembeli lain yang dibuat oleh penjual selepas kontrak ditandatangani atau dibentuk dengan pembeli asal. Boleh menuntut ganti rugi dengan syarat barang itu dalam keadaan terserah / boleh diserah. (seksyen 20) Sekiranya barang masih dalam keadaan belum terserah, hak milik masih pada penjual.
Barang terserah / boleh diserah: jika terdapat suatu kontrak bagi penjualan barang dalam keadaan boleh diserah, milikan dalam barang berpindah kepada pembeli apabila kontrak dibuat, sama ada masa pembayaran atau menyerahan barang ditangguhkan.
·         Perbezaan antara barang tertentu dengan barang belum pasti:-
- pemilik “barang tertentu” ialah pembeli apabila kontrak dibuat, manakala pemilik “barang belum pasti” ialah penjual.
- Perlunya membezakan antara kedua-dua jenis barang tersebut kerana- risiko akan tertanggung kepada pembeli jika barang tersebut ialah “barang tertentu” manakala hak milik dan risiko masih pada penjual jika barang tersebut “belum lagi ditentukan”.
- Melainkan pembeli / penjual tidak mahu hak milik berpindah pada masa kontrak ditandatangani maka mereka perlu menyatakan sebaliknya dalam perjanjian.
Barang boleh diserah hantar: pemilikan barang itu tidak berpindah kepada pembeli kecuali sesuatu dilakukan oleh penjual untuk membolehkan barang itu diserah hantar dan pembeli mengetahui tentangnya. Risiko ditanggung oleh penjual.

2 comments:

  1. FairPlay Free Bets - Do you have a valid need for this fair play casino
    FairPlay Free worrione Bets. Do you have a valid need for this fair play casino bonuses? Fairplay septcasino FairPlay offers you the opportunity to win. Play 메리트카지노 with the best

    ReplyDelete
  2. Only strive to mention one's content can be as incredible. This clarity with your post is superb! Thanks a lot, hundreds of along with you should go on the pleasurable get the job done. ลิ้งทางเข้าสมัครเอเย่นต์คาสิโนUFABET

    ReplyDelete