Dalam undang2 jualan barang, akta jualan barangan 1957 adalah antara akta penting yang perlu difahami.
*Nota hari ini adalah:
definisi2 berkaitan kontrak dan barang~~
Kontrak jualan
barang: kontrak di mana penjual memindahkan atau bersetuju
memindahkan hak terhadap barang kepada pembeli bagi suatu harga. (seksyen 4
(1))
Barang: setiap jenis
harta alih selain tuntutan dan wang. (Seksyen 2)
Barang terbahagi
kepada barang sedia ada dan barang masa hadapan.
Barang sedia
ada: segala barang yang telah dimiliki oleh penjual dan
terdiri daripada barang tertentu/dikenalpasti dan barang tak dapat
ditentukan/belum pasti.
i)
Barang
tertentu: dikenalpasti dan dipersetujui semasa kontrak jualan
dibuat. (seksyen 2) Cth: motorsikal Yamaha lagenda 110z hitam jkx1207.
ii)
Barang belum
pasti: barang yang belum dipastikan kuantiti, harga, belum
diasingkan dari kelompoknya, belum dilihat atau dipersetujui oleh pembeli.
(seksyen 18) Cth: beras yang belum di timbang dan diberi kepada pembeli.
Barang masa
hadapan: barang yang akan dibuat atau diperolehi oleh penjual
selepas kontrak jualan terbentuk. Penjual belum lagi memiliki barang jualan. Oleh
itu kontrak ini hanya boleh wujud sebagai persetujuan untuk menjual barang2
dan belum jadi kontrak jualan.
Kontrak bersyarat
(persetujuan untuk menjual): suatu penerimaan yang bergantung kepada peristiwa atau
kejadian masa hadapan yang mana apabila terjadi peristiwa tersebut maka lengkap
penerimaan dan terbentuk satu kontrak.. (selagi belum berlaku peristiwa itu
maka tiada lagi penerimaan dan tiada kontrak)
Kes:
i)
Howell vs
coupland 1876
kontrak mutlak: tiada apa2
obligasi yang perlu dipenuhi oleh kedua-dua pihak iaitu mereka telah bersetuju
dengan terma kontrak dan barang yang telah menjadi perkara pokok ada dalam
tangan penjual.
Jualan masa
hadapan: jualan kepada pembeli lain yang dibuat oleh penjual
selepas kontrak ditandatangani atau dibentuk dengan pembeli asal. Boleh menuntut
ganti rugi dengan syarat barang itu dalam keadaan terserah / boleh diserah. (seksyen
20) Sekiranya barang masih dalam keadaan belum terserah, hak milik masih pada
penjual.
Barang terserah
/ boleh diserah: jika terdapat suatu kontrak bagi penjualan barang
dalam keadaan boleh diserah, milikan dalam barang berpindah kepada pembeli
apabila kontrak dibuat, sama ada masa pembayaran atau menyerahan barang
ditangguhkan.
·
Perbezaan antara
barang tertentu dengan barang belum pasti:-
- pemilik “barang
tertentu” ialah pembeli apabila kontrak dibuat, manakala pemilik “barang belum
pasti” ialah penjual.
- Perlunya membezakan
antara kedua-dua jenis barang tersebut kerana- risiko akan tertanggung
kepada pembeli jika barang tersebut ialah “barang tertentu” manakala hak milik
dan risiko masih pada penjual jika barang tersebut “belum lagi ditentukan”.
- Melainkan pembeli
/ penjual tidak mahu hak milik berpindah
pada masa kontrak ditandatangani maka mereka perlu menyatakan sebaliknya dalam
perjanjian.
Barang boleh
diserah hantar: pemilikan barang itu tidak berpindah kepada pembeli kecuali
sesuatu dilakukan oleh penjual untuk membolehkan barang itu diserah hantar dan
pembeli mengetahui tentangnya. Risiko ditanggung oleh penjual.
FairPlay Free Bets - Do you have a valid need for this fair play casino
ReplyDeleteFairPlay Free worrione Bets. Do you have a valid need for this fair play casino bonuses? Fairplay septcasino FairPlay offers you the opportunity to win. Play 메리트카지노 with the best
Only strive to mention one's content can be as incredible. This clarity with your post is superb! Thanks a lot, hundreds of along with you should go on the pleasurable get the job done. ลิ้งทางเข้าสมัครเอเย่นต์คาสิโนUFABET
ReplyDelete